لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Ya Allah! Ya Qahhar! Ya Jabbar! Ya Muntaqim, Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat. Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuh Mu. Ya Allah! tepatkanlah tembakkan senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq Mu pada setiap langkah mereka. Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka. Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami. Ya Allah! tolonglah kaum Muslimin yang terzalimi di Mesir, Palestin, Syria dan semua tempat. Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikkilah hubungan mereka. Ya Allah! binasakan lah Para Munafiqin yang bersekongkol dengan Zionis Israel + Syiah dan Mustakbirin Amerika, goncangkanlah dan hancurkanlah mereka. Ya Allah! cerai beraikan lah barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka. Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukkan yang baik bagi mereka di muka bumi ini. Ya Allah! lemparkan lah rasa takut dalam hati-hati mereka. Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka . Ya Allah! kasihanilah saudara-saudara kami. Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin, Aamiin, Aamiin Allahumma Aamiin.....

13 February 2013

"Fakta Mengenai Lelaki"


Okay fine,  aku tahu dah lama sangat tak update blog. 
dah berhabuk sangat dah ni. nak tipu jap. *fuhh! fuhh!* 
banyak nyer habuk.Last  sekali aku update
  lagu2 sedih, sebb aku patah hati :'(  *lap air mata *

 

Okay. Stop it. Now, according to the title. It's about "Fakta Mengenai Lelaki"..


Macam mana aku boelh tefikir nak tulis entry niy??
haha itu biarlah rahsia..ok mari mulakan.. 
huhu tapi x semua yang tertulis niy betul..
kalau rasa tak betul just abaikan ok?? n_n


 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.  

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk… 

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.  

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…  

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…  

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.  

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri… 

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..  

Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.

 Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.

Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.

“Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.

Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.

Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda.

Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. Inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif.

Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita.

• Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.

Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda nanti.

No comments:

Post a Comment