
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau
yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan
dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung
yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas
yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini,
bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan
kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat
merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?
- Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
- Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
- 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
- Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok
Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?
- Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
- Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan
Mengapa merokok merbahaya?
Merokok merbahaya
kerana :
- Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakitjantung
- Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah
Ubat bantuan berhenti merokok?
- Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunya dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah.
- Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agonis (nicotine receptor partial agonist). Tugasnya ialah untuk memastikan bahawa rokok yang dihisap tidak menyebabkan 'high' dan ketagihan dan pada waktu yang sama juga mengelakkan daripada rasa ketagihan asap rokok. Ia adalah baik untuk digunakan seminggu sebelum seseorang berhenti merokok. Sumber dari Wikipedia menyatakan: "As a partial agonist it both reduces cravings for and decreases the pleasurable effects of cigarettes and other tobacco products. Through these mechanisms it can assist some patients to quit smoking.".
- Amfebutamone (Bupropion). Ubat ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%.
- Melengah-lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.
- Tarik nafas kalian dengan panjang sekurang-kurangnya 5 kali dengan perlahan-lahan.
- Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan kalian ingin merokok selepas meminumnya.
- Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran kalian daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
- Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
- Sekiranya kalian berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
- Lakukan senaman regangan setiap kali kalian merasa mengantuk kerana tidak merokok.
- Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha kalian untuk berhenti merokok itu berjaya.
No comments:
Post a Comment