لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Ya Allah! Ya Qahhar! Ya Jabbar! Ya Muntaqim, Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat. Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuh Mu. Ya Allah! tepatkanlah tembakkan senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq Mu pada setiap langkah mereka. Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka. Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami. Ya Allah! tolonglah kaum Muslimin yang terzalimi di Mesir, Palestin, Syria dan semua tempat. Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikkilah hubungan mereka. Ya Allah! binasakan lah Para Munafiqin yang bersekongkol dengan Zionis Israel + Syiah dan Mustakbirin Amerika, goncangkanlah dan hancurkanlah mereka. Ya Allah! cerai beraikan lah barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka. Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukkan yang baik bagi mereka di muka bumi ini. Ya Allah! lemparkan lah rasa takut dalam hati-hati mereka. Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka . Ya Allah! kasihanilah saudara-saudara kami. Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin, Aamiin, Aamiin Allahumma Aamiin.....

1 January 2013

#Cerita Tahun Baru

 

Kau pernah tak rasa yang sampai satu tahap dalam circle of life sekarang ni, kau macam dah give up? Maksud mengalah dekat sini bukan dengan kau pergi panjat tangga, berdiri bucu bangunan dan terjunkan diri sambil pejam mata dengan kepala menghala ke bumi untuk tamatkan segala perkara menyedihkan. Bukan.. bukan macam tu. Bukan dengan bunuh diri. Maksud yang aku nak sampaikan adalah bila mana kau rasa dah letih sangat pasal segalanya.

Letih dengan keadaan sekeliling, penat nak jaga hati orang, jelak perihal politik dan ekonomi yang tak putus selesai, mual dengan isu semasa yang berulang-ulang. Apa yang dekat atas, sama dengan dekat bawah. Drama yang berlangsung sini-sana. Tapi kau tahu, semua ni adalah… hey, c’mon! Inilah kehidupan!
Disebabkan hal ni, kau dapat rasakan diri kau makin ditolak perlahan-lahan lalu dihimpit dan ditekan ke bucu gaung yang dalam dan menunggu momen untuk kau buat silap lalu jatuh sampai kau rasa malas nak berdiri dan melawan lagi. Bila ia terjadi, orang sekeliling hanya mampu ketawa berguling dan berdiri atau tersembul biji mata berair melihat keadaan kau begitu. Tiada simpati.

Dan sebelum atau sampainya detik celaka tu, kau ambil keputusan tak nak ambil peduli pasal apa-apa dan siapa-siapa. Sekurangnya dalam hati ingin cuba melawan lagi. Kali terakhir barangkali.
Jadinya, kau nak lari dari semua tu. Sekurang-kurangnya nak pergi ke satu tempat yang takde sesiapa. Ke kawasan yang terbuka. Mungkin di atas bukit. Mendengar bunyi unggas. Atau barangkali ke tepi pantai. Berbaring menikmati bunyi pukulan ombak di kaki pantai sambil memandang luas ke langit biru yang disinari cahaya mentari.

Atau paling tidak pun, kau hanya duduk di tepi jendela di penjuru bilik. Memandang setianya bulan dan bintang bersama yang tak pernah curang pada setiap malam. Tak kisahlah pada saat terang atau kelam. Walau sesekali awan menjadi setan cuba menggoda dan menyailang bulan atau bintang. Sambil sesekali muka kau ditampar lembut angin monsun malam.
Kau hanya nak membiarkan waktu tu berlalu dan terus berlalu. Sampai tikanya, gemersik syahdu melodi alam menjadi sihir membuatkan mata terpejam dengan sendirinya dan terus membuatkan kau hanyut dalam dunia kau sendiri.

Waktu itu, macam aku katakan tadi kau dah taknak fikirkan apa-apa. Tentang jiwa, tentang dunia, tentang masa depan bahkan perihal cinta. Kau tak endahkan pada siapa-siapa dan tak perlukan siapa-siapa. Cukup kau sendiri dan suasana.

Kalau pun kau mahukan seseorang, cukup dengan hanya dirinya yang kedap suara. Hanya mahukan menjadi peneman untuk menikmati momen ini bersama. Ya, kau tak mahukan apa-apa lagi. Cuma mahu terus begini dan terus begitu dan kau senang begitu.

Sunyi, sepi, hening dan juga tenang. Kau berikan aku satu perkataan yang sesuai untuk gambarkan suasana itu, dan itulah yang kau mahu. Dan juga kau berharap detik itu tak berlalu pergi. Tapi kau tahu, itu mustahil. Kerana waktu akan terus berlalu.

Tapi sekurang-kurangnya, saat inilah yang kau perlukan walaupun ia hanya sekejap. Walau tampak seperti membuang waktu. Bukankah begitu? Heh, masih lagi mahu menipu dengan ego kau sendiri?

No comments:

Post a Comment