لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ...بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Ya Allah! Ya Qahhar! Ya Jabbar! Ya Muntaqim, Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat. Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuh Mu. Ya Allah! tepatkanlah tembakkan senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq Mu pada setiap langkah mereka. Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka. Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami. Ya Allah! tolonglah kaum Muslimin yang terzalimi di Mesir, Palestin, Syria dan semua tempat. Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikkilah hubungan mereka. Ya Allah! binasakan lah Para Munafiqin yang bersekongkol dengan Zionis Israel + Syiah dan Mustakbirin Amerika, goncangkanlah dan hancurkanlah mereka. Ya Allah! cerai beraikan lah barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka. Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukkan yang baik bagi mereka di muka bumi ini. Ya Allah! lemparkan lah rasa takut dalam hati-hati mereka. Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka . Ya Allah! kasihanilah saudara-saudara kami. Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin, Aamiin, Aamiin Allahumma Aamiin.....

27 September 2012

Penyelesaian kepada masalah


berbalik kpda post yg sebelum niy..
bila Hani pergi jumpa Dr..
Nak twu x ape Dr tu Cakap..
Ok.Macam niy.. 

                 Sesudah aku masuk kedalam bilik itu, aku melihat cuma ade dua orang sahaja yg mngisi kekosaong bilik itu, Seorang Dr dan seorang jururawat yg agak berusia, dari pandagn aku dia mungkin berusia dalam lingkungan 40-50 tahun.Garang kot jururawat aku, kesian kawan2 aku kene marah sebab nak ikut aku msuk dalam bilik tu. Aku duduk menghadap Dr Prempuan tu. Di nametag nya tertulis nama Dr.Zainab. Aku dapat bayang kan kalau aku diberi peluang untuk pakai nametag mcm tu jugak Dr.Hani wowww mesti bangga kan. Dia bertanya kepada tentang masalah yang aku alami,tanpa segan silu aku menceriatakan segalanya. Dan aku lihat mencatatkan sesuatu di atas kertas kat temu janji.. Aku lihat mukanya berkerut2.. aku sendiri tidak pasti knpa..

                    Kemudian dia meminta aku untuk Masuk ke ruangan khas , aku disuruh baring dan mendongak, dia mnyuluhkan lampu untuk melihat anak tekak ku. Aku sekadar diam menuruti segala suruhan nya.. Sekali lagi dia mengeleng gelengkan kepala tanpa bersuara.. Dia berlalu pergi dan membisikkan sesuatu kepada jururawatnya.. Aku nmpak jururawat yang agak berusia itu ter anguk2.. dan menoleh kearah ku.. Ketika itu aku x tahu apa yang sedang berlaku kepadaku..Setelah selesai pemeriksaan.. Aku diminta untuk duduk kembali mnghadap Dr tersebut. Dia bertanya kn beberapa soalan kepadaku.. Aku mnjawab dengan selumbur.. Untuk Kali yang Ketiga aku lihat dia mengeleng-gelengkan kepalanya lagi.. Kali ini aku tersenyum..

                  Agak lame aku dibilik itu, jam menunujuk kan hampir jam 5.30 ptg. Dia menulis Kat temu janji dan meminta aku berjumpanya lagi seminggu kemudian, dan menyuruh aku mngambil ubat di farmasi sebelum pulang.Sebelum aku melangkah keluar dari bilik itu, aku lihat dia membuka topeng mukanya, smbil tersenyum dan berkata Welcome to the world..aku agak terkejut.mcm mana dia tahu?? Kemuadian Jururawat tu menyerahkan kad pelajar aku yang tetingal di tepi katil semasa pemeriksaan tadi.. haha aku malu sendiri..Setelah pulang dari klinik itu aku terus ke bazar ramadhan yang terletak di seberang jalan betul2 berhadapan dengan klinik tersebut. Itulah rutin harian aku dengan kawan2.sebelum balik Hostel mesti singgah Bazar dulu..Kalau aku malaz aku kirim jer dekat diorang Heeeeeeeee~

Pertemuan Kedua...

                      Aku sendiri x tahu kenapa aku harus berada disini buat kali kedua, sedangkan aku sendiri pun tak tahu apa masalh ayng aku alami,cuma yang aku tahu aku mudah letih ketika itu, aku seolah2 tidak bermaya,pantang ada masa terluang aku pasti tidur.. Samapi Roomate aku pun perasan perubahan yang aku alami.

                    tidak lame menunggu aku, nama ku dipanggil. Aku melihat Dr itu lagi.Ada senyuman diwajah nya. Dia Bertanya, "Hani, How are you today?? '' aku.. "Awesome..." kami tergelak kecil..
tiba2 wajahnya kembali serius.. dan brtanya "Awak ada rasa apa2 perubahan yang berlaku pada diri awak??". "saya rase lesu dan tak bermaya, pantang ada masa saya mesti tidur.. dan saya rase tak de selera nak makan". "ok semua tanda2 yang awak alami sama seperti simptom2 yg dialami oleh seorang penghidap Barah perut, Atau nama saintifik nya Ulser perut". aku "Oh.. ok,Then??"(muka still senyum walau pun sbenarnya dah takut giler dgr perkataan BARAH!! beb.. 

Simptom-simptom penghidap Barah Tersebut:
yang buat aku jadi lebih takut semua simptom2 tu ada pada aku, Dr tu tanya "Tekak Awak ade rase sakit?? Luka mungkin?? ". aku " saya rasa xda... " . ok.. dalam muntah awak memg ada darah mungkin sbb tekak awak luka, tp kalau awak kate takda kite kene buat pemeriksaan lanjutlah takut ada pendarahan dalaman... Dr tanya "Sebelum niy pnah tejatuh x?? .aku.. "Dlm masa terdekat niy xda.. cuma 6 tahun lepas sy pernah terlibat denagn kemalangan jalan raya.." . Habis beberapa sesi Madical Chekup hri tu aku pulang ke Hostel .mcm biasa. ada temu janji lagi, 3 hari kemudian.

Balik jer dari klinik tu mngelabah aku bukak Google.. dan ini info yg aku dapat mengenai pnyakit tu.
Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.
Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hatipankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.

Gambaran perut
Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.
Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.

Gejala

Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut
Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).
 dan setelah bebrapa kali temu janji dan mnjalani pemeriksaan kat bawah niy
ternyata aku bebas dari pnyakit tu..fuhhhhh lege seyh.. alhamdulillah.. Rupanya memg dalam perut aku ada luka tapi x la besar mana pun..Puncanya Gastrik lah.. Dr Zainab tu ckp x mustahil satu hari nt aku boleh terkena penyakit tu kalu aku asyik abaikan masa makn... Huhuhu dia niy tawu2 jer..hahaha yg penting aku hepi sebab aku tahu aku tak sakit...
Alhamdulillah ... besyukur x terkira. :D

No comments:

Post a Comment